PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA
A) SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA
- PERSEKITARAN GUA :
Sumber makanan : Persekitaran gua dan kawasan sekitarnya membantu manusia mencari sumber makanan dengan berburu dan mencari hasil hutan.
Tempat berlindung: Gua dapat dijadikan sebagai tempat berlindung dari cuaca dan ancaman binatang
- KAWASAN LAPANG :
Bercucuk tanam : Manusia zaman dahulu juga bercucuk tanam sebagai sumber makanan
Berburu : Selain bercucuk tanam, mereka berburu binatang
Pondok daripada batang dan daun: membina pondok di kawasan lapang
- PINGGIRAN SUNGAI ATAU TASIK
Sumber air : Mereka tinggal berdekatan dengan sungai dan tasik bagi mendapatkan sumber air
Menangkap ikan: Selain itu, mereka juga boleh menangkap ikan sebagai sumber makanan
B) JENIS PETEMPATAN AWAL MANUSIA
- BERPINDAH-RANDAH
Sumber makanan: Apabila sumber makanan di tempat yang didiami berkurangan atau habis, mereka akan berpindah mencari petempatan yang lain pula.
Kematian: Pada zaman dahulu, manusia akan berpindah dari tempat tinggal mereka dan pergi ke suatu petempatan baru sekiranya tempat tinggal lama tersebut berlaku kematian. Mereka mengaanggap tempat tersebut tidak sesuai untuk didiami lagi
- GUA
Berburu binatang: mereka tinggal di dalam gua supaya mudah untuk keluar berburu binatang
Memungut hasil hutan: mereka juga memungut hasil hutan iaitu tumbuh-tumbuhan yang tumbuh meliar di tepi-tepi gua
Berlindung dari hujan dan panas: mereka menjadikan gua sebagai tempat untuk berlindung daripada hujan dan panas
- TEMPAT KEDIAMAN
Pondok: jika mereka memilih kawasan lapang untuk didiami, mereka akan mendirikan pondok
Ran: jika mereka memilih lokasi di atas pokok untuk didiami, mereka akan mendirikan ran di atas pokok tersebut






